Ringkasan Pelumba Malam

Kumpulan bermotosikal sering dianggap sebagai kumpulan liar oleh sesetengah anggota masyarakat. ASP Jeffrie (Jeff) dan Inspektor Ema dari Unit Tindak Khas (UTK) Bukit Aman telah ditugaskan untuk menjejaki kumpulan ini. Kegiatan kumpulan ini diketuai oleh Rizal yang giat menjalankan kegiatan untuk mencari wang secara haram hinggalah Rizal dimasukkan ke hospital kerana kemalangan dalam satu perlumbaan haram. Sepanjang Rizal di hospital, Ema yang telah lama menjadi teman Rizal secara menyamar menceritakan latar belakang kegiatan Rizal kepada Jeff. Akhirnya Rizal dapat tahu yang Ema bekerja rapat dengan Jeff. Rizal mengambil langkah menawan Ema sebagai tebusan.